PESTECH Perolehi Kontrak, Bangunkan Aerotren Baharu KLIA

news:rnggt(online) 281221

PESTECH International Bhd kini diberi mandat membangunkan aerotren, Automated People Mover (APM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pembangunan ini pada makluman Bursa Malaysia akan merangkumi jumlah penyediaan RM742.95 juta, di mana tugas penyelanggaraan tersebut berdasarkan kesepakatan akan berkuat kuasa sehingga Februari 2034.

Untuk makluman, perolehan kontrak ini tidak hanya meliputi pembangunan aerotren tetapi turut merangkumi kerja-kerja berkaitan seperti pembekalan, pemasangan, penggantian kenderaan, sistem komunikasi dan komponen peralatan.

Berdasarkan sasaran syarikat untuk pembangunan ini, PESTECH menyasarkan pembaharuan sistem APM ini tidak sekadar meningkatkan kecekapan pergerakan pengguna di KLIA tetapi turut meningkatkan peluang penghasilan bakat dalam pengetahuan teknologi APM.

Ia suatu usaha yang baik untuk PESTECH tampil selaku peneraju perluasan peluang tersebut kepada ekonomi negara.

Source: Rnggt (Online News)
Back